Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, July 26, 2010

~NISFU SYA'BAN~

Salam Sya'ban dr Kina utk semua kwn2 yg disyngi.http://www.cute-smiley.com
Hari ni 25 Julai 2010 bersamaan dengan 13 Sya'ban 1430 hijrah...
Lame dah bulan rejab tinggalkan kite tanpa kite sedari...
Seperti yg kawan2 sedia maklum, dalam banyak2 bulan Islam...ada 3 bulan yg lebih diberi perhatian kerana bulan2 tersebut mengandungi banyak hikmah & ganjaran yg dapat kite peroleh...iaitu bulan REJAB, SYA'BAN dan RAMADHAN huhu ^^

Seperti sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya Rejab adalah 
bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan 
Ramadhan adalah bulan umatkuSemua manusia 
akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, 
kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang 
berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. 
Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa
 lapar dan haus bagi mereka".
  
Jadi...entry kali ni Kina nak kongsi tentang kelebihan yang ada pada bulan Sya'ban yg Kina terbace petang td...Hope dapat kite same2 renungkan & lakukan apa yg patut utk meraih ganjaran dari YANG MAHA BERKUASA...mudah-mudahan....http://www.cute-smiley.com

 Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dgn mlam nisfu Sya`ban,
sepertimana keagungan Rejab dgn mlam Israk Mikrajnya
dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya
Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.


Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an [tiada surah khusus utk dibaca], berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa. Kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban. Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakkan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.


Kina ade terbace rupanye ade jgk hadith yg direka semata2 & tak pasti kesahihannye...dlm hadith yg direka tu mengatakan pd mlm nisfu sya'ban harus membaca doa dan solat tertentu, membce yassin n solat sunat 2 rakaat lepas maghrib dgn niat dipanjangkan umur. Semuanya ini diada2kan dan merupakan sesuatu yg bid'ah. Seharusnya kita menghidupkan mlm nisfu sya'ban dengan ibadah yg dilakukan scr bersendirian tetapi bukan dalam bentuk berjemaah.

Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh 
pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka 
datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: 
Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. 

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. 
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. 
Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. 
Pada pintu langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini
Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. 
Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. 
Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi org yg mengerjakan amal kebajikan pa mlam ini. 
Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, 
dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

 P/S : Renung2kan dan Selamat beramal....!http://www.cute-smiley.com 

this is the signature 4 my blog...hehe isn't it cute?

3 comments:

caliph shuriken said...

tq kongsi ilmu ni ^^
~ renung2kn.. slmat beramal ~

justKina said...

xrugi kite kongsi2 ilmu yg kite dpt.....kan? ^^"

asrirayrock said...

selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat

Related Posts with Thumbnails